Saturday, February 22, 2014


Alhamdulillah. Sudah selesai Annual Grand Meeting (AGM) PERMATA kali ke-I I yang telah diadakan pada hujung minggu yang lalu. Berikut adalah butiran selanjutnya

TARIKH: 13 DISEMBER 2013
HARI: JUMAAT
MASA: 8.00-10.00 MALAM
TEMPAT : WDU-01 GAMBANG

~MAKANAN DAN MERIT TURUT DISEDIAKAN~

TUJUAN UTAMA AGM KALI KE-I I
  • Penyerahan tugas kepada Majlis Tertinggi
  • Pilihanraya untuk pemilihan Exco Baru
  • Membentangkan laporan kewangan
  • Membentangkan takwim tahunan
  • Menjawab pertanyaan ahli ahli PERMATA UMP

Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PERMATA UMP kampus Gambang mahupun Pekan dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. 

-Gambar sepanjang AGM-

Sepatah dua kata daripada Mantan YDP Permata sesi 2012/2013
Ucapan daripada Penasihat Permata sesi 2012/2013
Calon memberikan manifesto masing-masing
Berdebar menunggu keputusan :P
Kiraan Undian
Penyerahan watikan kepada YDP Permata sesi 2013/2014
Ucapan YDP Permata sesi 2013/204

Antara yang hadir !









makan !


Alhamdulillah.Selesai sudah AGM kali  ke-I I . Terima kasih yang tak terhinggah kami ucapkan pada yang terlibat.Moga aktiviti akan datang mendapat sambutan yang mengalakkan dari awok-awok sekalian.
Read More

Thursday, October 3, 2013

SETULUS KASIH SEIKHLAS HATI


    Program Setulus kasih Seikhlas Hati merupakan program sekretariat mahasiswa anak terengganu kampus pekan dengan kerjasama jabatan hal ehwal dan alumni (JHEPA) yang diadakan pada 29 September di Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang, Taman Guru, Kuantan, Pahang.
Seramai 36 peserta dari kampus pekan terlibat dan lebih kurang 18 orang jawatankuasa turut menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk membina ukhuwah antara mahasiswa dengan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik. Di samping itu, mahasiswa dapat mencurahkan bakti untuk menolong mereka dengan membersihkan kawasan tersebut bagi menyediakan suasana yang lebih ceria. Selain itu, mahasiswa juga dapat berkongsi kasih sayang serta menyelami jiwa mereka yang ketandusan kasih sayang. Mahasiswa turut diberi peluang mendidik anak-anak yatim tersebut seterusnya mengajar mahasiswa cara berkomunikasi dengan lebih baik serta berkeyakinan.

                   pagi                         





tengahari




petang


















  
Terima kasih daun keladi dari pihak kami =)

Read More

Thursday, August 8, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Kami, barisan MT dan EXCO Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Universiti Malaysia Pahang (PERMATA UMP) Sesi 2012/2013, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam amnya dan kepada seluruh ahli PERMATA UMP khasnya. Kami memohon maaf andai sepanjang program yang telah dianjurkan sebelum ini, terdapat banyak kesilapan yang dilakukan.

SALAM AIDILFITRI :)

Read More

Monday, April 22, 2013

SALAM PERMATA UMP

[PEKAN ONLY]
Sempena Program Ponggal Competition yang akan berlangsung pada 12/5/2013, pihak PERMATA UMP memerlukan peserta seramai 10 orang. Untuk makluman, para peserta akan di bahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan.

YURAN RM15 di tanggung oleh INDUK PERMATA...
Sesiapa yg berminat bolehlah menghantar nama beserta id masing2 kepada Raziman (Pekan) : 0145247066 atau ke facebook kami.
Read More